LEGENDARY Nasi Lemak Ayam Goreng in KL | VILLAGE PARK RESTAURANT | iCookAsia
Nasi lemak menjadi menu sarapan yang paling digemari rakyat Malaysia. Nasi lemak yang lengkap biasanya dihidangkan bersama ikan bilis, timun, sambal, kacang goreng dan telur. Kalau nasi lemak yang ditambah dengan ayam goreng pasti akan lebih memikat selera.

Nasi Lemak Village Park terletak di Damansara Utama sering menjadi pilihan ramai kerana hidangan nasi lemak bersama ayam goreng dan kemanisan sambal yang tersendiri akan membuat anda terliur. Restoran ini pasti akan dipenuhi pelanggan lebih-lebih lagi sewaktu makan tengahari.