3 Pencuci Mulut Sihat & Ringkas | Chef Lin Ajar Cara Nak Sediakan Pencuci Mulut Yang Sedap !
Jom cuba 3 dessert yang istimewa dari Chef Lin. Paling penting senang sangat nak buat. Yang tengah diet tu boleh cuba resepi ni.

Panna Cotta Yogurt Mix Berries
Bahan-bahan:
1 cawan Bright Cow Fresh Milk
¼ cawan madu
2 sudu besar serbuk agar-agar
2 cawan Bright Cow Greek Yogurt Mix Berries
Raspberi/strawberi, kelapa kering, gajus, badam dll
Cara Membuat:
1. Panaskan susu, madu dan serbuk agar-agar sehingga mendidih. Renihkan 5 minit. 2. Masukkan yogurt ke dalam mangkuk besar. Tuangkan susu dan pukul rata. 3. Isikan ke dalam jag kecil. Tuangkan ke dalam gelas.
4. Letak di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
5. Hiaskan dengan buah-buahan, kelapa dan kekacang.
Tips:
Boleh tambah madu di atasnya, jika suka.

Salad Ayam Yogurt
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam, direbus & dadu
1-2 biji kentang, direbus & dadu
8 biji ceri tomato, dibelah dua
½ biji cili benggala kuning, didadu
10 helai daun salad
¼ cawan hirisan badam, dipanggang
Bahan Sos Yogurt:
½ cawan Bright Cow Fresh Yogurt Natural
2 sudu kecil Minyak Masak SAJI
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar hirisan daun kesum
2 sudu besar cili merah cincang
¼ sudu kecil Garam Gunung SAJI
¼ sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Membuat:
1. Untuk Sos Yogurt: Kacau semua bahan di dalam mangkuk sehingga sebati. 2. Masukkan ayam, kentang, tomato dan cili benggala. Gaul sebati.
3. Alas pinggan dengan daun salad. Ratakan campuran ayam.
4. Taburkan badam dan sajikan.

Parfe
Bahan-bahan
1 cawan raspberi frozen, biar lembut
¼ cawan gula kastor
4 cawan Bright Cow Greek Yogurt Mango Peach
2 cawan strawberi, didadu
1 cawan beri biru, dibelah dua
1-1½ cawan granola
Sedikit daun pudina
Cara Membuat
1. Lecek raspberi dengan gula sehingga halus.
2. Isikan sedikit yogurt di dasar gelas.
3. Sudukan raspberi hancur di atasnya.
4. Ratakan strawberi dan beri biru. Taburkan granola.
5. Lapiskan dengan yogurt diikuti raspberi hancur.
6. Ulangi melapis. Sejukkan dalam peti ais selama 1-2 jam.
7. Hias dengan daun pudina dan hidangkan.
Tips:
Boleh gantikan dengan buah-buahan lain seperti nenas atau mangga

Time codes:
0:00 - Intro
0:10 - Panna Cotta Yogurt Mix Berries
3:14 - Salad Ayam Yogurt
6:42 - Parfe

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]