Roti Canai Kayu Arang Antara Roti Canai Yang BEST Dan SEDAP di MELAKA | iCookAsia
Roti Canai Kayu Arang di Melaka sebuah gerai yang bukan biasa-biasa hebatnya. Hal ini terbukti kerana gerai ini sentiasa penuh dengan ramai pelanggan. Tidak dinafikan lagi, gerai ini merupakan antara gerai roti canai paling ‘top’, bukan sahaja di Melaka malah di Malaysia.

Terdapat pelbagai menu roti canai yang memikat selera para pelanggan yang datang antaranya ialah roti kosong, roti bom, roti sardin, roti planta dan banyak lagi. Roti Tampal Dangdut merupakan antara menu terlaris di gerai Roti Canai Kayu Arang Melaka.

Roti Tampal Dangdut ini merupakan roti yang ‘ditampal’ bersama telur di atasnya. Berbeza dengan roti telur, telurnya diletakkan di atas rotinya seperti ditampal. ‘Dangdut’ pula kerana telurnya ialah dua biji telur ayam separuh masak atau telur goyang. Ada juga kuih muih yang dijual di Roti Canai Kayu Arang.

Jadi, sesiapa yang singgah Melaka kena singgah sini dulu untuk menikmati kelazatan roti canai yang dimasak atas arang.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, perad

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]