Resepi Orang Bujang Yang Simple Tapi Mantap Rasanya | Try Masak Sup Ikan Merah Aiman Salim
Asyik buat sup ayam atau daging saja, apa kata cuba buat sup ikan pula. Guna ikan merah lagi sedap tau! Nak buat sup ni pun punya lah senang. Menu ni pun sesuai untuk orang yang sibuk bekerja, yang tengah diet atau dalam pantang. Bahan-bahan yang digunakan juga tak susah nak cari.

Bahan bahan:
3 sekawan: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga.
Bawang merah
Bawang putih
Lobak merah
Halia
Ikan merah
Daun sup
Tomato
Saderi
Serbuk cili
Garam
Perasa

Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan.
2. Masukkan pula bawang merah, bawang putih, halia dan lobak merah.
3. Kemudian, masukkan air dan biarkan selama 5 minit supaya lobak merah menjadi lembut.
4. Selepas itu, masukkan ikan merah dan saderi. Biarkan sekejap supaya ikan masak dan boleh masukkan tomato, garam, perasa dan serbuk cili.
5. Siap dan boleh dihidangkan.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]