Besarnya POTATO TORNADO Dekat Pasar Malam Paya Jaras Ni ! | Malaysian Street Food
Pasar Malam Paya Jaras merupakan pasar malam yang popular juga di Selangor. Pasar malam dekat sini bukan sahaja menjual makanan dan minuman malah ada juga menjual ikan, ayam, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ikan-ikan yang dijual semuanya segar belaka.

Di sini, ada juga makanan yang spesial seperti ubi kentang torado yang dijual besar-besar. Memang puas kalau makan tau. Tak lupa juga ada murtabak utara yang semestinya popular di Selangor. Selain itu, ada kuih-muih tradisional seperti putu mayam, kuih pelita, kuih peneram dan banyak lagi

Siapa yang belum singgah boleh pergi di Pasar Malam Paya Jaras.