Masak TEMPOYAK IKAN PATIN Dari Pagi Hingga Malam, TANPA HENTI ! BESAR dan SEGAR Ikan Patin Kak Nik.
Makanan yang menggunakan tempoyak memang banyak, tapi antara yang paling disukai ramai adalah Tempoyak Ikan Patin. Di Pantai Dalam, Kak Nik Patin House telah berjaya memikat ramai pelanggan dek kerana kesedapan ikan patin tempoyak beliau. Rata-rata pelanggan yang datang ke situ pasti berpuas hati dengan masakan beliau.

Bukan sahaja ada lauk ikan patin tempoyak, malah ada pelbagai lauk-pauk yang lain disediakan di Kak Nik Patin House seperti kerabu, udang galah masak lemak, ikan tonggol masak singgang, ketam masak lemak, ayam kampung, talapia goreng dan ulam-ulaman. Restoran Kak Nik Patin House memang sentiasa ramai lagi-lagi waktu makan tengahari. Ikan-ikan yang dihidangkan semuanya segar belaka. Memang berselera lah kalau datang sini!

Jadi, kepada sesiapa yang craving ikan patin masak tempoyak boleh singgah di Kak Nik Patin House!