Resepi DONUT RED VELVET VIRAL! GEBU & LEMBUT. Rasa SAMA SEPERTI DONUT RED VELVET EIRA AZIERA !
Hebat penangan donut red velvet Eira Aziera, terus trending resepi donut red velvet eira aziera. Ramai yang terjebak nak buat donut red velvet viral ni. Sebelum ni trending donut susu viral kan? Sekarang donut red velvet viral ambil alih giliran trending pula.

Kali ni, Chef Azreen nak kongsikan cara nak buat dinut red velvet yang gerenti jadi. Gebu dan lembut betul kejadiannya. Kalau makan satu, tak cukup tau!

Bahan-bahan:
260 gm tepung gandum
30 gm gula halus
5 gm yis
5 gm baking powder
1 biji kuning telur
140gm Air
15gm pelembut roti
20gm majerin
10 gm perisa red velvet

Bahan salut Donut Rv
100 gm susu tepung
100 gm gula icing

Cara:
1.Campurkan sema bahan kecuali majerin dan Uli sehingga sebati. (boleh uli guna tangan ataupun mixer)
2.Letak majerin ke dalam adunan tadi dan uli lagi sehingga sebati dan menjadi doh.
3.Biarkan doh mengembang sekali ganda lebih kurang 30 minit.
Setelah kembang, ambil sedikit doh (lebih kurang 30 gm setiap doh, bulatkan doh.
4.Letakkan doh di atas tray yang di tabur tepung
5.Biarkan ia mengembang sekali ganda lebih kurang 30 minit.
6. Sementara itu, panaskan minyak kemudian goreng donut yang telah kembang tadi. Toskan dan salutkan dengan campuran susu tepung

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]