Setengah Jam Dah Siap Buat Resepi Rendang Daging Hijau Untuk Raya
Lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum hari raya kunjung tiba. Memang penuh satu supermarket nanti orang duk membeli bahan nak memasak. Meh sini ada satu resepi nak dikongsikan. Memang paling mudah, cepat dan sedap. Lagi menarik kan, biasa masak berjam-jam rendang tapi guna Low Pressure Cooker ni, setengah jam sahaja dah lembut daging tu. Puas hati weh!