Popia Goreng | iCookAsia | Try Masak
Anda cuba membuat Popia tetapi tidak tahu cara membuatnya? Jangan risau kami akan tunjukkan cara mudah untuk membuat Popia Goreng. Resepi ini disediakan oleh Hykal Fikri.

Bahan:
1. Kulit popia
2. Lobak Merah
3. Udang kering
4. Bawang merah
5. Sengkuang
6. Telur
7. Daun Bawang
8. Taugeh
9. Garam

Cara membuatnya:
1. Potongkan kesemua bahan secara halus.
2. Masukkan kesemua bahan yang telah dipotong ke dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan garam dan kacau sehingga rata.
4. Ambil 1 kulit popia dan balut semua bahan tersebut. Sapukan telur yang sudah dipukul untuk melekatkan kulit popia tersebut.
5. Goreng sehingga kuning keemasan.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Untuk resepi penuh sila layari: icookasia.com/popia-goreng/

Visit iCookAsia http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia