Kuah Lodeh Opah - Anak Beranak Berebut Makan
Kuah lodeh kalau tak ada di atas meja masa sarapan, memang tak sah. Selain di makan dengan nasi impit, ada juga yang menikmatinya begitu sahaja. Buatlah apa sahaja, Kuah Lodeh adalah pelengkap pagi. Betul tak?

Psttt, jangan lupa kuah kacang dan sambal sekali ya.

Cadangan hidangan 4-5 orang

Bahan :
3 sudu besar Minyak masak
1 ½ liter Air
250 g Kubis, dipotong
150 g Lobak merah, dipotong nipis
150 g Kacang panjang, dipotong serong
250 g Udang, dibersihkan
1 cawan Santan
1 keping Fucuk, direndam
30 g Suhun, direndam
1 keping Tempe, dipotong kepingan dan digoreng
2 keping Tauhu, dipotong kepingan dan digoreng
3 sudu besar RASA SIFU™️ Penambah Perasa Semua Dalam Satu
2 sudu kecil Gula

Bahan-bahan A: dikisar
1 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
1 inci Halia
3 inci Kunyit hidup
5 tangkai Cili kering, direbus
15 g Udang kering
Sedikit Air

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar (A) sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kubis, lobak merah, kacang panjang, udang dan santan. Didihkan sehingga sayur sedikit masak.
4. Masukkan pula fucuk, suhun, tempe goreng dan tauhu goreng.
5. Perasakan dengan RASA SIFU™️ dan gula. Kacau rata.
6. Sedia untuk dihidang.

Dapatkan barangan dapur di - https://shop.icookasia.com/

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]