Udang Telur Masin Terlajak Sedap | iCookAsia
Masakan bersama telur masin dah menjadi popular zaman sekarang dan diminati ramai. Cara nak masaknya pun sangat mudah dan cepat. Jom cuba resepi ini! Confirm bertambah makan.

Hidangan untuk 5 orang

12 ekor udang harimau

1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 biji kuning telur, dipukul
7 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar minyak
25 g mentega
4 ulas bawang putih, kupas dan hiris
5 tangkai daun kari, tanpa batang
5 biji kuning telur masin, kukus selama 15 minit dan tumbuk
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara
1. Potong senggugut udang, biarkan kepala dan ekornya. Basuh dan toskan. Letak garam dan serbuk lada putih.
2. Celupkan udang ke dalam kuning telur yang telah dipukul dan masukkan dalam tepung jagung. Goncangkan tepung yang berlebihan.
3. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali dan goreng udang selama lebih kurang 15 saat. Toskan pada tuala dapur dan ketepikan.
4. Panaskan mentega dalam kuali yang sama dan tumis bawang putih dan daun kari.
5. Masukkan kuning telur masin yang telah ditumbuk dan kacau dengan api sederhana sehingga adunan menjadi buih dan mempunyai tekstur berkrim.
6. Masukkan udang dan letakkan garam dan lada sulah secukup rasa. Gaulkan udang sehingga bersalut dengan kuah.

Serves 5

12 tiger prawns

½ tsp salt
½ tsp white pepper powder
2 egg yolks, beaten
7 tbsp corn flour
2 tbsp oil
25 g butter
4 cloves garlic, peeled and chopped
5 sprigs curry leaves, without stems
5 salted egg yolks, steamed for 15 minutes and mashed
salt and pepper to taste

Method
1. Trim the feelers off the prawns, leaving the heads and tails intact. Wash and drain. Season with the salt and white pepper powder.
2. Dip the prawns into the beaten egg yolks and roll in the corn flour. Shake off any excess flour.
3. Heat 2 tbsp oil in a wok and fry the prawns for about 15 seconds. Drain on kitchen towels and set aside.
4. Heat the butter in the same wok and sauté the garlic and curry leaves.
5. Add the mashed salted egg yolk and stir over medium heat until the mixture forms bubbles and has a creamy texture.
6. Add the prawns and season with salt and pepper to taste. Mix the prawns until well coated with the sauce.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

#icookasia #food #prawn

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]