Sedapnya kalau dapat pekena teh tarik minum petang. Teh tarik ni memang popular di kalangan orang Malaysia. Kalau tahu cara yang betul nak buat teh tarik, confirm teh tarik padu dan sedap.
Resepi:
Hidangan 2 gelas
500 ml air panas mendidih
4 uncang teh (teh hitam)
5 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu sejat
Cara-cara:
1. Masukkan uncang teh ke dalam cawan logam besar yang mempunyai pemegang dan masukkan air yang sudah mendidih. Tutup cawan dan biarkan teh sebati seketika atau sehingga warna berubah.
2. Keluarkan uncang teh.
3. Masukkan susu pekat dan susu sejat. Kacau rata.
4. Tarik tangan anda dan tuangkan teh ke dalam cawan lain. Ulangi proses sehingga teh sebati dan berbuih.
5. Tuangkan teh yang telah berbuih ke dalam dua gelas.
#icookasia #drink #tehtarik
Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]