Memang Jadi Molek Dan Unik Cara Pembuatan Kuih Akok Asli Terengganu Ni | Akok Terengganu Seri Nibong
Akok, kuih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, antara pengusaha kuih itu adalah Puan Hanis binti Hashim daripada Kampung Nibong Stesen yang disifatkan pakar akok, kerana juadah dihasilkannya menjadi tumpuan ramai.

Cara pembuatan akok di sini masih menggunakan cara tradisional dan ada juga moden. Mereka menggunakan arang untuk membakar akok. Rata-rata penduduk di Terengganu dan juga luar Terengganu menggemarkan akok di sini kerana kuih akok mereka sangat lembut dan sedap.

Ada pelbagai jenis perisa akok yang dijual di sini antaranya ialah akok pandan, akok biasa, akok nisang dan akok jagung. Tak lupa juga kuih bakar dan bingka kelapa (beke nyior). Memang sedap belaka kuih - muih tradisional Terengganu dekat sini tau. Untuk sesiapa yang datang Dungun Terengganu, mohler singgah Akok Seri Nibong, untuk rasa keenakan kuih di sini.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di - https://www.icookasia.shop/

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik - https://t.me/icookasiacommunity

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]