Best nya dapat makan nasi ambeng yang dekat kedai tu hmm lama betul kan takmakan selalu busy jee???? Apa kata weekend ni boleh try nasi ambeng ayam ungkep ni kat rumah. Boleh makan puas-puas dengan family????????
Jom tengok resepi ni min nak share!
Bahan-bahan:
4 cwn beras, dicuci sehingga air basuhan jernih dan ditus
41⁄2 cwn air
Didihkan nasi dalam periuk elektrik sehingga masak.
Bahan-bahan Ayam ungkep:
1 ekor ayam, potong mengikut saiz yang disukai, dicuci dengan perahan limau dan ditus
1 cwn minyak masak
Bahan untuk menumis:
3 cm kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 butir pelaga
2 kuntum bunga lawang
Bahan-bahan yang dikisar:
20 ulas bawang merah, dikupas dan dicincang
10 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang
3 cm halia, dikupas dan dicincang
2 cm lengkuas, dikupas dan dicincang
8 biji buah keras, dicincang
4 btg serai, dititik
4 cwn santan
4–5 sdm rempah kari daging
1–2 kpg asam gelugur, dibilas
1⁄2 cwn air
3 sdm kicap pekat manis
2 sdm gula Melaka disagat
garam secukup rasa
6 kpg daun limau purut
4 kpg daun salam
2 sdm pes kerisik
1 helai daun kunyit, diracik kasar
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah, bahan yang dikisar dan serai. Goreng sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam mengecut sedikit dan masukkan bahan-bahan lain kecuali pes kerisik dan daun kunyit.
3. Rebus ayam perlahan-lahan menggunakan api yang kecil dan kacau selalu. Apabila ayam hampir masak, masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak hingga pecah minyak, ayam empuk dan disaluti dengan kuah.
Selamat mencuba!
#iCookAsia #nasiambeng #nasiambengayamungkep #ayamungkep
---------------
Let's connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact:
[email protected] or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/